Saturday, February 26, 2011

i-city > Bandar KerLiPaN LamPu ShAH aLAm




3 gambar yg pling atas ni pic i-city waktu x femes lagi nanti yg bawah slps tu pic yg terkini..dulu free sekarang kene bayar..Bagi yang pernah pergi ke I City tentu tau brapa bayarannya..yang belum pergi bawa-bawalah anak/keluarga pergi ke sana..tapi untuk pengetahuan tiket Parking RM10, klu dtg berlima tiket parking tu bleh guna untuk msuk mana2 tempat berbayr..Rm2 per person..bla nak masuk tempat lain plak, bayar ler rm 2 setiap org..klu x mau masuk tempat berbayar tangkap je la pic kat lampu yg ber bentuk2 tu, ada merak, cactus, bangau, pokok2 yg cantik2 dll..Memang menarik..Dalam tu gak ada disediakan restoran...kadang2 ada la lori kfc,pizza or lain2 bleh gak bli mkn..kedai steamboat pun ada..berhadapan rumah salji ada ruangan kedai untuk membeli 'jajan' n mainan2 yang diperbuat dengan lampu, seperti gambar Dania.. Bagi yang belum pernah pergi diluar sana..Ayuh, sekali-sekala pergi..

LAMPIN PAKAI BUANG

Bagi yang berminat untuk membeli lampin pakai buang yang diimport dari Korea bolehlah menghubungi saya untuk keterangan lanjut di talian 016-2826722 @ email baby252182@gmail.com..Diaper yang dijual hanya untuk penghantaran pelanggan sekitar Shah Alam(tiada caj penghantaran), Subang dan kawasan yang berhampiran (caj RM 6)sahaja atau boleh ambil dioffice saya shah alam, no cash on delivery..Pembelian mesti 3 pek atau lebih..cara pembayaran akan di email atau sms kemudian..Saya menggunakan maybank/Cimb/Ambank untuk pembayaran.

Thursday, February 24, 2011

WAKTU SUBUR BAGI WANITA Oleh : Dr. Azwan

PERKONGSIAN APA YANG DIBACA..

Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? Ada 2 sebab utama :
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
Fahami Kitar Haid
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.
Waktu Terbaik
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.
Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
Cara Lain Mengetahui Waktu Subur
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.
Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Aduh Lamanya tak Menulis

Agaknya betul gak kata pepatah..hangat-hangat tahi Ayam..kejap aje tahun lepas Ct beriya-iya menulis.tapi, separuh jalan. Alih-alih dah masuk Tahun 2011..bulan Februari dah..Tapi rasanya tak terlewat lagi kan Ct nak ucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2011"..Apa azam tahun baru anda?tahun ni ct berazam ingin menjadi isteri yang terbaik untuk si Suami..siapa lagi kalau tak Encik Apek..n nk jadi ibu yg baik kepada Dania Batrisyia..jadi contoh teladan yg baik..sebagai anak, ct ingin menjadi anak yg dapat membanggakan ibu dan sebagai pekerja Kerajaan Ct ingin berusaha menjadi Pekerja yang cemerlang..Kalau Boleh nak dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)....Tapi, apa pun kita hanya merancang hanya Allah s.w.t yang menentukan segalanya..Yang buruk tu dtgnya dari diri kita yang baik sahaja dari Allah s.w.t..jangan mengeluh seandainya apa yg dicapai tidak seindah impian kita..