Wednesday, June 30, 2010

Resepi Time: Chicken Lemon





Resepi ini memang sedap kalau bila time org nak datang tu kita tak tau nak buat apa, cipta kelainan sikit masak nasi ayam dan di makan dengan ayam lemon nih.pasti umphhh..

LEMON CHICKEN

Bahan-bahannya:

Ayam (part mana tu suka hati korangla)
1 s/mkn halia kisar
* Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.

2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah
1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat

Cara penyediaan

Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya .
Gaul hingga adunan menjadi sebati.
Masukkan ayam yg telah di perap dengan halia.
Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana.
Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya.
Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam.
Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon.
Sedap dihidangkan semasa panas.

SOS LEMON

Bahan-Bahan
4 s/mkn jus lemon
5 s/mkn gula
3 s/mkn tepung jagung
300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan.
1 s/mkn cuka
Setitik dua lemon paste

Cara penyediaan

Satukan kesemuanya dalam periuk kecil.
Lalu didihkan, kacau hingga sos agak pekat sedikit.
Rasa apa yang kurang, bolehlah ditambah.
Padamkan api lalu sejukkan. Sedia untuk di gunakan.

Note:
Rasa sos haruslah masam manis.

Sos Cili

Cili merah
bawang putih
gula
air
sos cili

Cara-caranya:
blend cili dan bawang putih (air agak2 lah)
kemudian masak atas api
letak gula,sos cili (jgn banyak sangat ek)

Nasi Ayam

Bahan-bahan

Beras biasa
Beras Wangi
Kiub Ayam
Sos Tiram
Halia 1cm (ditumbuk)
Serbuk Kunyit (untuk color skit)

Cara-Cara:

Beras dicuci dan toskan
masukkan beras biasa dan beras wangi separuh-separuh bersama-sama bahan tadi
letak sedikit serbuk kunyit untuk beri nasi tersebut berwarna keemasan
masak nasi tersebut mengikut sukatan air dan beras

Permata Hati ku Dania dan Pahlawanku MasromApeh/Apek



Inilah suamiku yang tercinta Masrom bin Che Ri atau dikenali sbg apek/apeh..sudah 4 tahun perkahwinanku..Maka, selama itulah aku mengabdikan diri sebagai seorang isteri padanya..Orangnya lembut tetapi tegas, kadangkala pendiam dan senang dibawa berbincang..Gila bola aku katakan kerana masanya yang kosong banyak diisi dengan futsal dan bola..tapi, aku senang dengan semua itu asalkan dia sihat dan bahagia..dan, inilah permata hatiku..Dania Batrisyia..Dulu orang-orang tua pernah cakap, kalau kita penat bekerja, tension ditempat kerja, balik rumah tengok wajah anak kita rasa sejuk lak hati..Bila dah jadi ibu ni, betul rasanya apa yang mak-mak kita kata dulu..Bagi ct bila balik kerja tu memang tak sabar nak jumpa buah hati yang sorang ni..walaupun perangainya adakala merungsingkan kepala, tetapi biasa lah kan budak kecil memang gitu..entah-entah dia memang menurun perangai kita kot..hehe..tepuk dada tanya selera..

Tuesday, June 29, 2010

Topic apa ye??


Salam buat semua blogger dan pada yang view blog ini, tq diucapkan..ct msih tercari-cari apakah topic yg ingin disampaikan..tp rasanya tentang diri, keluarga, kawan2, masyarakat, cerita seharian, artist maupun isu2 semasa kot.apa2 pun itu semua berdasarkan kepada apa yg terfikir waktu menulis blog. Tapi apa yg ct mahukan apa yg dikongsi itu yg best lah kan..apa-apa pun kita boleh berkongsi bersama kan!!!!