Wednesday, June 30, 2010

Resepi Time: Chicken Lemon





Resepi ini memang sedap kalau bila time org nak datang tu kita tak tau nak buat apa, cipta kelainan sikit masak nasi ayam dan di makan dengan ayam lemon nih.pasti umphhh..

LEMON CHICKEN

Bahan-bahannya:

Ayam (part mana tu suka hati korangla)
1 s/mkn halia kisar
* Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.

2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah
1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat

Cara penyediaan

Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya .
Gaul hingga adunan menjadi sebati.
Masukkan ayam yg telah di perap dengan halia.
Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana.
Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya.
Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam.
Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon.
Sedap dihidangkan semasa panas.

SOS LEMON

Bahan-Bahan
4 s/mkn jus lemon
5 s/mkn gula
3 s/mkn tepung jagung
300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan.
1 s/mkn cuka
Setitik dua lemon paste

Cara penyediaan

Satukan kesemuanya dalam periuk kecil.
Lalu didihkan, kacau hingga sos agak pekat sedikit.
Rasa apa yang kurang, bolehlah ditambah.
Padamkan api lalu sejukkan. Sedia untuk di gunakan.

Note:
Rasa sos haruslah masam manis.

Sos Cili

Cili merah
bawang putih
gula
air
sos cili

Cara-caranya:
blend cili dan bawang putih (air agak2 lah)
kemudian masak atas api
letak gula,sos cili (jgn banyak sangat ek)

Nasi Ayam

Bahan-bahan

Beras biasa
Beras Wangi
Kiub Ayam
Sos Tiram
Halia 1cm (ditumbuk)
Serbuk Kunyit (untuk color skit)

Cara-Cara:

Beras dicuci dan toskan
masukkan beras biasa dan beras wangi separuh-separuh bersama-sama bahan tadi
letak sedikit serbuk kunyit untuk beri nasi tersebut berwarna keemasan
masak nasi tersebut mengikut sukatan air dan beras

No comments:

Post a Comment