Wednesday, September 7, 2011

Info:Perkembangan Fetus 21 Minggu

Melayari Website babycenter Malaysia, ct tertarik info berkenaan dengan perkembangan fetus setiap minggu...memandangkan kandungan ct menjangkau usia 21minggu, artikel ini memang menarik utk dikongsi bersama..
Berat bayi sekarang sekitar tiga-suku paun / 360 gram. Selama ini dia diukur dari mercu kepala hingga ke punggung tetapi mula dari masa ini dia akan diukur dari mercu kepala ke tumit. Dan dari mercu kepala ke tumit panjangnya ialah 10.5 inci / 27 sentimeter. Bulu kening dan kelopak mata telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari. Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah! Bayi anda sekarang boleh mendengar perbualan-perbualan anda. Jika anda bercakap, membaca atau menyanyi kepada bayi anda, dia pasti boleh mendengarnya. Beberapa kajian mendapati bahawa bayi baru lahir akan menghisap dengan lebih kuat apabila anda membacakan buku yang dia pernah dengar semasa dalam kandungan. Jika anda mahu mencuba, ambillah buku dan bacalah dengan kuat. Cuma pastikan yang anda tidak akan keberatan membacanya berulang-kali apabila bayi telah lahir. Ia mungkin akan menjadi cerita sebelum tidur yang paling disukai bayi anda untuk masa yang lama selepas dia dilahirkan. Hari-hari kebelakangan ini, anda mungkin merasa lebih selesa. Ini sebenarnya, mungkin masa yang paling menyeronokkan dalam tempoh kehamilan anda. Anda belum begitu besar lagi, dan sakit-sakit yang dikaitkan dengan kehamilan seperti mual, kencing kerap dan keletihan sudah hampir hilang sama sekali. Relakslah dan nikmatinya selagi anda boleh. Trimester ketiga akan tiba tak lama lagi dan ia akan membawa sedikit ketidakselesaan kerana anda mengandung bayi yang sudah hampir cukup bulan. • Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.-BabyCenter Malaysia

Tuesday, September 6, 2011

20 Minggu mengandung...

Sedar x sedar, dah 5 bulan usia kandunganku..tp masalah plak..HB darah rendah..25 Ogos check up hb 9.7..huhu lps ni kene check up 2mggu skali huhu...ubat da makan..kerang da mkn..hati, brocolli, bayam merah, buah, kurma sumer da mkn..apa lagi nih nk bg hb naik..adusss tolong..tolong...baca info memang bahaya gak hb darah rendah ni antaranya...: *Penting bagi ibu mengandung untuk pastikan hb ni stabil dengan banyakkan makan sayur dan makanan yang boleh tambah darah cam hati dan kerang. Antara risiko kalau hb rendah ni ialah time bersalin nanti, kalau berlaku tumpah darah, kalau hb kita rendah, darah tu akan cair dan lambat membeku. So tu yang darah turun tak berenti2 dan ini amat membahayakan nyawa ibu. Kalau tak cukup darah, kenalah masuk darah orang lain dan bila masuk darah orang ni ada juga risiko sejenis penyakit tu (kita pun tak ingat namanya). Risikonya jarang tapi kalau terkena agak sukar diubati. *Hb dan bp tu kesan dia lebih kepada mak budak..... kalu low hb akan akibatkan tumpah darah masa bersalin.. .kalu low bp, akan akibatkan pitam, pening dsbginya *Kesan kepada ibu · Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan · Mengalami keguguran · Mengalami kegagalan jantung · Pendarahan semasa mengandung dan bersalin · Risiko alami penyakit berjangkit *Kesan kepada bayi dalam kandungan · Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut · Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan · Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg · Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia Mati ketika dilahirkan atau stillbirth haduiiii...takutnya...Insya-Allah segalanya ok..yg penting usaha, doa dan tawakal

Selamat Hari raya Aidilfitri...

Kepada semua Ct ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN..brapa minggu ni semua pasti bz dengan beraya dan berkunjung ke rumah kawan2 dan saudara mara..tp diingatkan..makan tu biar berpada..takut penyakit plak yg datang..bawak kete tu hati2 la ek..

Wednesday, July 27, 2011

Makan Durian Di Tasik Shah Alam






26.7.2011-ct n rakan2 sepejabat dibelanja oleh EO kami Pn Hairoon Nadia makan durian di Tasik Shah Alam..dengan beralaskan surat khabar kami melepak dan bersantai waktu lunch hour sambil menikmati durian..errmmm yummy, malangnya ct x bleh mkn byk coz org tua kata x elok kan berbadan dua ni mkn durian..takut baby x tahan..dapat rasa seulas dua jerla pun jadi..asalkan dapat lepak bersama diorg nih..

Tuesday, July 26, 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)








Syukur ke hadrat Allah s.w.t di atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Pelajaran Selangor yang ct terima pada 25.7.2011 (Isnin). Majlis tersebut diadakan di CIAST Seksyen 19, Shah Alam.. Terima kasih jua tak terhingga kepada panel2 APC yg menyenaraikan nama ct dan pegawai2 yang mencalonkan nama ct bagi menerima anugerah tersebut. Sesungguhnya ini adalah rezeki tatkala kini ct sedang mengandung 4 bulan..orang kata ini adalah rezeki baby..Syukran Ya Allah..

Monday, July 18, 2011

Arabic Makeup Style






Cara makeup sebegini sinonim dengan masyarakat arab, teknik makeup sebegini boleh dipelbagaikan dengan pelbagai warna mengikut tema..