Tuesday, September 6, 2011
20 Minggu mengandung...
Sedar x sedar, dah 5 bulan usia kandunganku..tp masalah plak..HB darah rendah..25 Ogos check up hb 9.7..huhu lps ni kene check up 2mggu skali huhu...ubat da makan..kerang da mkn..hati, brocolli, bayam merah, buah, kurma sumer da mkn..apa lagi nih nk bg hb naik..adusss tolong..tolong...baca info memang bahaya gak hb darah rendah ni antaranya...:
*Penting bagi ibu mengandung untuk pastikan hb ni stabil dengan banyakkan makan sayur dan makanan yang boleh tambah darah cam hati dan kerang.
Antara risiko kalau hb rendah ni ialah time bersalin nanti,
kalau berlaku tumpah darah, kalau hb kita rendah, darah tu akan cair dan lambat membeku.
So tu yang darah turun tak berenti2 dan ini amat membahayakan nyawa ibu.
Kalau tak cukup darah, kenalah masuk darah orang lain
dan bila masuk darah orang ni ada juga risiko sejenis penyakit tu (kita pun tak ingat namanya).
Risikonya jarang tapi kalau terkena agak sukar diubati.
*Hb dan bp tu kesan dia lebih kepada mak budak.....
kalu low hb akan akibatkan tumpah darah masa bersalin..
.kalu low bp, akan akibatkan pitam, pening dsbginya
*Kesan kepada ibu
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Mengalami kegagalan jantung
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit
*Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
haduiiii...takutnya...Insya-Allah segalanya ok..yg penting usaha, doa dan tawakal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment